Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik Pengarah Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berharap semua jabatan termasuk KDNKA menjalankan tugas menjaga keselamatan masyarakat dan ketenteraman awam khususnya ketika PRU15 kelak.